ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers

Najib raikan setahun jadi PM di Hulu Selangor

Ahad, 4 April 2010
KUALA LUMPUR, 3 April — Sementara tumpuan beralih kepada hari penamaan calon 17 April ini, Datuk Seri Najib Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.
Najib genap setahun menjadi perdana menteri yang keenam semalam.
Ketika mengambil alih kepimpinan kerajaan April 2009, negara menyaksikan tiga pilihan raya kecil serentak iaitu Parlimen Bukit Gantang dan kerusi DUN Batang Ai dan Bukit Selambau.
Lawatan ke Hulu Selangor hari ini, yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk Hulu Selangor, yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Hari pengundian ialah 25 April ini.
Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menghadiri perjumpaan bersama warga Felda di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi pada kira-kira 10 pagi.
Najib kemudian dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di Felda Soeharto.
Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.
Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.
Tradisi “turun padang”, yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lepas, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.
Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.
Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar “Little India”.
Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, petang ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Kedai Gambar Anda !!!

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut

wibiya widget

This is BizOppers

Categories

Popular Posts

Grab this Widget ~ Blogger Accessories
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright 2010 SYAHID KIJANG EMAS