ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers
SYAHID KIJANG EMAS
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Galeri Syahid Kijang Emas

Isnin, 2 Mei 2011
0 ulasan
Blog Terbaru Daripada Syahid Kijang Emas. Blog Ini hanyalah memamparkan gambar-gambar sentuhan daripada Seni Fotografi Syahid Kijang Emas. Bagi peminat-peminat fotografi silalah berkunjung ke Galeri Syahid Kijang Emas agar kita sama-sama dapat bertukar fikiran dan memperlihatkan mutu dan teknik yang terbaik didalam penghasilan sesuatu gambar. Sudi Apatah Kiranya anda memberikan sedikit komen yang membina agar saya sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik... Sekian Terima Kasih.


Ke 

Ikhlas,
T.T
Bacalah Lagi

Template Terbaru Syahid Kijang Emas

Sabtu, 30 April 2011
0 ulasan

Syahid Kijang Emas Blog kini berwajah baru yang lebih elegent, mudah difahami, senang di lihat dan yang paling penting lebih laju walau dibuka dengan menggunakan internet paling lembab... Jadi marilah ramai-ramai follow saya punya blog agar kita sama-sama dapat bertukar-tukar fikiran dan memberi komen yang membina agar kita dapat memajukan diri kita. Kepada mereka yang sering berkunjung saya ucapkan ribuan terima kasih..

Ikhlas,
Admin


[USED] Nikon AF 300mm F/2.8 ED Nikkor Telephoto Lens (Good Condition!)
Bacalah Lagi

PAKEJ PERTUNANGAN - PERKAHWINAN - PERSANDINGAN

Jumaat, 18 Mac 2011
0 ulasan


Berikut ditawarkan pakej jurugambar kepada semua yang bakal melangsungkan majlis pertunangan, perkahwinan, akad nikah, persandingan dan sebagainya. Pakej yang ditawarkan adalah serendah RM500 sahaja. Jika anda berminat anda boleh terus menghubungi saya atau hantar sahaja email untuk bertanyakan tentang pakej yang anda inginkan... Terima kasih kerana terus menyokong saya...




Pakej RM 500

+Gambar Saiz 4R (unlimited + Album) 

+Gambar Saiz 8X12 (4 keping) 
+Gambar Saiz 10X15 (1 keping + Frame) 
+Deposit RM250 
+Majlis Akad Nikah Tambahan RM 50.00 

Pakej RM 800 [ALBUM STORY BOOK]
+Gambar 4r (unlimited) dalam CD
+Gambar 8X12 ( 20 keping + Album Story Book) 
+Gambar 10X15 ( 1 keping + Frame) 
+Deposit RM 400
+Majlis Akad Nikah & Sanding Sahaja 

Pakej RM 1000 [ALBUM STORY BOOK]
+Gambar Saiz 4R (unlimited + Album) 
+Gambar 8X12 ( 20 keping + Album Story Book) 
+Gambar 10X15 ( 1 keping + Frame) 
+Deposit RM500
+Majlis Akad Nikah, Sanding & Outdoor 

Pakej RM 1250 [ALBUM STORY BOOK] 
+Gambar Saiz 4R (unlimited + Album) 
+Gambar 10X15 ( 20 keping + Album Story Book) 
+Gambar 12X18 ( 1 keping + Frame) 
+Gambar 16X24 ( 1 keping + Mounting Board) 
+Deposit RM600
+Majlis Akad Nikah, Sanding & Outdoor 
* Segala pakej tertakluk kepada budi bicara dan mengikut keadaan semasa, sebarang pindaan akan dimaklumkan kemudian. Terima Kasih.

Mohd Syahidan Bin Mohd Nawi
Hubungi Saya Di Facebook Syahid Kijang Emas
tel : [hp] 012 9560465 | 0199681658 |
Office : Lot 550A Batu 3 1/2 Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bahru, Kelantan


[USED] Nikon 18-55mm f/3.5-5.6G AF-S DX VR Wide Angle Autofocus Zoom Lens (Brand New in Box with 1 Year Nikon Malaysia Warranty!)
Bacalah Lagi

*Engagement/2011.. - Nurul Asmatulhusnna & Ahmad Ruhaifi

Rabu, 16 Mac 2011
0 ulasan
Majlis pertunangan Nurul Asmatulhusnna & Ahmad Ruhaifi di Kelantan pada 21hb Mei 2009



[USED] Canon EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS Lens (Near New Condition)
Bacalah Lagi

MY PICTURE SLIDESHOW

1 ulasan
WALAUPUN GAMBAR INI TIDAK SEBERAPA... IA CUKUP UNTUK ANDA MEMBERIKAN KOMEN YANG MEMBINA AGAR SAYA DAPAT MENCARI TEKNIK YANG BERSESUAIAN DIDALAM BIDANG FOTOGRAFI...




ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop![USED] Voigtlander Nokton 50mm f/1.1 Leica M Mount Lens (Like New in Box!)
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Bacalah Lagi

THE PHOTOGRAPHER

Selasa, 15 Mac 2011
0 ulasan
Bacalah Lagi

SEBELUM DAN SELEPAS - KOMEN

4 ulasan
Sebelum dan Selepas... Jika Anda Tidak Keberatan... Sila Tinggalkan Komen Untuk Terus Maju Kehadapan... Terima Kasih..



ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop![USED] Nikon SB-900 Speedlight / Flash (Excellent ++!)
Bacalah Lagi

| Hasil Seni Kait Ariena |: Bidai 2011 - Pelakon Adamaya Meninggal Dunia | Fai...

Sabtu, 1 Januari 2011
0 ulasan

Slot adamaya kehilangan satu lagi pelakon hebat yang senantiasa mudah didampingi Faizal Yusup atau lebih dikenali sebagai Dani.. Beliau disahkan meninggal dunia pada 01.01.2011 di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) jam lebih kurang pukul 1.45 ptg. Penerbit filem merasakan kehilangan besar seorang aktor yang serbaboleh.. Al- Fatihah buat beliau.. Amin

berita penuh :

KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung. Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul. Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu. Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital. Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.
Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.
Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.
Kredit penuh untuk  Mstar Online..




Bacalah Lagi

MPV terbabas, terbakar: Achik Spin maut nahas ngeri

Sabtu, 17 April 2010
0 ulasan

Oleh Ainol Amriz Ismai dan Farabi Sheikh Said Al Jabri

SEREMBAN 17 April – Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.
Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, meninggal dunia di tempat kejadian.
Pada masa ini, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. – Utusan 
Bacalah Lagi

Najib raikan setahun jadi PM di Hulu Selangor

Ahad, 4 April 2010
0 ulasan
KUALA LUMPUR, 3 April — Sementara tumpuan beralih kepada hari penamaan calon 17 April ini, Datuk Seri Najib Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.
Najib genap setahun menjadi perdana menteri yang keenam semalam.
Ketika mengambil alih kepimpinan kerajaan April 2009, negara menyaksikan tiga pilihan raya kecil serentak iaitu Parlimen Bukit Gantang dan kerusi DUN Batang Ai dan Bukit Selambau.
Lawatan ke Hulu Selangor hari ini, yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk-penduduk Hulu Selangor, yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. Hari pengundian ialah 25 April ini.
Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan dan menghadiri perjumpaan bersama warga Felda di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi pada kira-kira 10 pagi.
Najib kemudian dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di Felda Soeharto.
Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.
Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.
Tradisi “turun padang”, yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lepas, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.
Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.
Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar “Little India”.
Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.
Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, petang ini.
Bacalah Lagi
 

Kedai Gambar Anda !!!

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut

wibiya widget

This is BizOppers

Categories

Popular Posts

Grab this Widget ~ Blogger Accessories
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright 2010 SYAHID KIJANG EMAS