ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers
SYAHID KIJANG EMAS
Memaparkan catatan dengan label UMOBILE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UMOBILE. Papar semua catatan

Galeri Syahid Kijang Emas

Isnin, 2 Mei 2011
0 ulasan
Blog Terbaru Daripada Syahid Kijang Emas. Blog Ini hanyalah memamparkan gambar-gambar sentuhan daripada Seni Fotografi Syahid Kijang Emas. Bagi peminat-peminat fotografi silalah berkunjung ke Galeri Syahid Kijang Emas agar kita sama-sama dapat bertukar fikiran dan memperlihatkan mutu dan teknik yang terbaik didalam penghasilan sesuatu gambar. Sudi Apatah Kiranya anda memberikan sedikit komen yang membina agar saya sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik... Sekian Terima Kasih.


Ke 

Ikhlas,
T.T
Bacalah Lagi

Pakej jalur lebar baru lebih murah – Najib

Khamis, 1 April 2010
0 ulasan




Najib Tun Razak diperhatikan, ( dari kiri) DR. Rais Yatim; Muhyiddin Yassin; Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Kamaruddin Siaraf; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, Tan Sri Khalid Ramli dan Halim Shafie mancuba papan luncur sebagai simbolik melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan dan Perkhidmatan Jalur Lebar Bekelajuan Tinggi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN /AMIN FARIJ HASAN

KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.
Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38.
“Langkah ini salah satu daripada enam inisiatif yang diperkenalkan kerajaan bagi memudahkan rakyat kurang berkemampuan mendapat kemudahan jalur lebar,” katanya.
Beliau berucap melancarkan Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) dan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) di Dataran Merdeka di sini malam ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; isterinya, Puan Sri Noorainee Abd. Rahman; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Kumpulan TM, Datuk Halim Shafie.
Pada majlis itu, Najib turut memperkenalkan UniFi iaitu jenama baru bagi perkhidmatan HSBB TM.
Najib juga mengadakan sidang video dengan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang berada di Kota Samarahan.
Pakej runcit HSBB merangkumi tiga perkhidmatan iaitu suara, video yang merangkumi televisyen protokol Internet (IPTV) dan video atas permintaan serta Internet berkelajuan tinggi.
HSBB menawarkan lebar jalur pada kelajuan akses rangkaian 10 megabit sesaat yang menyokong penawaran tiga perkhidmatan itu.
Dimeterai pada September 2008, HSBB kebangsaan bernilai RM11.3 bilion yang merupakan salah satu inisiatif utama NBI, merupakan perjanjian usaha sama awam-swasta antara TM dan kerajaan bagi membangunkan perkhidmatan dan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi generasi akan datang untuk negara.
Pada fasa pertama mulai esok, kawasan yang akan diliputi perkhidmatan HSBB TM ialah Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar. Ia akan diperluaskan ke 22 kawasan ibu sawat lain mulai Jun ini.
Bacalah Lagi

UMobile Menawarkan Pakej Jalur Lebar Serba Baru

0 ulasan


UMobile yang kelihatan senyap akhir-akhir ini, terkini telah memperkenalkan pakej jalur lebar yang serba baru semalam. Daripada hanya satu pakej yang ditawarkan sebelum ini, kini UMobile menawarkan tiga pakej jalur lebar, dan satu pakej data plan.

Pakej Yang Di Tawarkan UMobile

U Broadband PlansUB40UB68
Monthly FeeRM40RM68
Data Allowance2GB
(Additional usage at 5sen/MB)
5GB
(No extra charges.
Fair Usage Policy* applies)
Activation FeeRM100
Modem PriceFree
RebateRM100
(RM20 for 5 months)

*Fair Usage Policy applies - Speed will be throttled after 5GB. 


Promotion valid until 30 April 2011.
Pakej baru yang ditawarkan oleh UMobile Broadband menawarkan kelajuan bermula 384 kbps sehingga selaju 3.6 mpbs. Menariknya sekirana anda bukanlah pengguna internet yang tegar, anda boleh mengambil pakej semurah RM10 yang mana membolehkan anda menggunakan data sehingga 100MB. Walaubagaimanapun, pakej UB10 yang bernilai RM10 hanya ditawarkan kepada para pengguna telefon bimbit sahaja. Pada masa yang sama, UMobile Broadband turut menawarkan pakej UB20 dan UB40 yang mana masing-masing membawakan kelajuan sehingga 1.0 mbps.

Bagi mengguna UMobile yang menggunakan lebih daripada penggunaan data yang dibenarkan, mereka akan dicaj pada kadar penggunaan sebanya RM0.01 per KB.
Bacalah Lagi
 

Kedai Gambar Anda !!!

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
This is BizOppers

Jumlah Paparan Halaman

Pengikut

wibiya widget

This is BizOppers

Categories

Popular Posts

Grab this Widget ~ Blogger Accessories
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Copyright 2010 SYAHID KIJANG EMAS